Monday, December 27, 2010

Sistem Kewangan Islam Selepas Era Penjajahan



Dunia termasuk negara-negara yang majoriti penduduknya Islam secara sedar atau tanpa sedar mengamalkan perlembagaan yang tidak berlandaskan syariat selepas kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniah dan era penjajahan. Perlembagaan ini berteraskan kepada tiga elemen utama yang menggerakkan politik dan ekonomi dan tidak lain hanyalah bertujuan untuk menukar kehambaan manusia daripada Allah kepada duniawi dan menjamin kelangsungan Kapitalism.

Tiga tiang utama tersebut adalah Bank Pusat atau Bank Negara (Central Bank), Undang-Undang Legal Tender (Law of Legal Tender) dan Hutang Negara (National debt). Ketiga-tiga elemen ini adalah sesuatu yang asing di dunia Islam malah ditegah dalam syariat Islam. Kewujudan bank pusat sebagai ibu segala riba disemua negara umat Islam menjamin keutuhan perlembagaan kafir dan kapitalism. Pemaksaan dengan cara mewajibkan manusia mematuhi Law of Legal Tender (e.g menggunakan duit kertas) adalah bertentangan dengan syariat yang membenarkan urus niaga dan jual beli berdasarkan persetujuan bersama. Perniagaan dan urusan jual beli sepatutnya bebas daripada sebarang paksaan dan penjual serta pembeli mempunyai kebebasan semasa berurusan. Malah pemaksaan untuk menggunakan dinar dan dirham dalam jual beli juga tidak dibenarkan.

Law of Legal tender in secara langsung telah memaksa kita menggunakan duit kertas yang boleh dimanipulasi oleh manusia dan akhirnya terlibat dengan sistem riba secara terpaksa.Peristiwa ini menyebabkan 4 generasi umat manusia termasuk umat Islam sudah tidak mengenali apakah istem ekonomi dan kewangan Islam yang asli. Antara masalah yang telah timbul hari ini seperti manusia menganggap hutang adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan konsep zakat tidak difahami dan diamalkan.



No comments:

Post a Comment