Friday, December 31, 2010
Kita Masih Di Peringkat Baru
Wednesday, December 29, 2010
Kembali Kepada Emas Dan Perak Sebagai Sistem Kewangan
Monday, December 27, 2010
Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas
Di posting kali ini saya ingin berkongsi MENGAPA kita perlu menyimpan emas. Ramai yang sedia maklum , emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.
MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Pada masa dahulu sesiapa yang yang memiliki emas akan dianggap kaya dan berkuasa. Sekiranya kita memiliki emas yang banyak pada masa sekarang kita juga akan dianggap kaya.
Emas dipilih sebagai simbol kekayaan kerana:
• Sifatnya yang tidak boleh dibinasakan.
Pernahkah tuan puan memegang wang kertas RM50.00. Sudah tentu pernahkan…Bolehkah ia dimusnahkan..sudah tentu boleh..dengan hanya mengoyak , dibakar dan mengguntingnya..nilai kekayaan berjumlah RM50.00 telah dimusnahkan menjadi ‘’0’’.
Lain pulak dengan emas..ianya boleh dicalarkan, digores tetapi nilai emas tetap tidak berubah. Oleh sebab itulah emas merupakan nilai kekayaan yang terunggul.
• Tahan lasak
• Ianya sukar diperolehi
• Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil
• Warnanya yang kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar
2.Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 30% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM150 segram!!
Mari kita lihat kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun……..
Harga emas pada 28 Mac 2000 ialah USD275.50/oz
Harga emas pada 28 Mac 2010 ialah USD1105.50/oz
Ini adalah kenaikan 301% da dalam jangkamasa 10 tahun (purata 30% setahun)
Lagi lama anda menyimpan emas..maka lagi banyak keuntungan yang anda dapat dari kenaikan harga emas.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2010 ? RM 5 sehari pun tidak cukup..
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 11 April 2010 adalah lebih kurang RM 550.
Kesimpulannya.. nilai wang kertas semakin merosot...nilai emas semakin meningkat
Jadi sebagai pembaca yang bijak..kita mesti memilih emas sebagai simpanan
4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
Dah lihat akan kelebihan emas sebagai sumber pelaburan yang utama bukan?
Pembaca sekelian, saya meminjam artikel ini dari roslinasmile.blogspot.com
Sistem Kewangan Islam Selepas Era Penjajahan
Punca Mengapa Harga Emas Naik
Tidak Sedarkah Kita??
Amerika Di Ambang Kehancuran
Saturday, December 25, 2010
Sejarah Mata Wang
Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perakmengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.
KEMUNCULAN WANG
Asal usul wang purba mungkin telah wujud sekurang-kurangnya 100,000 tahun dahulu. Sejarah perkembangan wang bermula dengan evolusi tamadun manusia itu sendiri iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum masihi.
Sebelum kewujudan konsep wang, manusia menggunakan sistem barter tidak cekap. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum.
WANG KOMODITI
Revolusi wang dimulakan dengan wang komoditi. Peringkat penggunaan wang komoditi bermula apabila masyarakat merasakan terlalu banyak kelemahan dalam sistem barter. Mereka mencari satu alat lain untuk menggantikan kelemahan tersebut dengan memilih satu alat yang sukar untuk diperolehi serta mempunyai nilai di kalangan masyarakat. Pada mulanya mereka memilih alat-alat seperti barang perhiasan untuk dijadikan sebagai alat pertukaran. Antara barang-barang yang digunakan ialah:
- Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan unam.)
- Kulit-kulit binatang
- Pedang
- Cerek (bahan tembaga)
- Tombak
- Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut)
- Meriam kecil tembaga
Penemuan batu uji kecil membawa kepada penciptaan syiling berasaskan kepada bahan logam komoditi. Apa saja logam lembut boleh diuji ketulenannya di atas batu uji yang membolehkan seseorang mengira jumlah kandungan sesuatu logam dengan cepat dalam satu ketulan. Emas adalah logam lembut yang juga sukar didapati, padat dan senang disimpan. Kerana ini, penggunaan emas sebagai wang tersebar dengan cepat dari Asia Kecil, tempat di mana ia digunakan dengan meluas, ke seluruh dunia.
Wang logam dicipta untuk menggantikan wang komoditi yang kurang sesuai peranannya sebagai wang. Selain emas, antara logam yang pernah digunakan sebagai wang logam adalah besi, timah, perak dan tembaga. Antara logam-logam ini, emas dan perak merupakan logam yang paling popular dan diguna secara meluas di seluruh dunia.
WANG KERTAS
Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.
Piawaian Emas (1880-1914)
Sistem kewangan yang digunakan kira-kira pada tahun 1880 hingga tercetusnya Perang Dunia I dikenali sebagai Gold Standard atau piawaian emas. Ciri utamanya ialah ia merupakan sistem kadar pertukaran tetap yang nilai paritinya ditetapkan berdasarkan kepada nilai emas.
Melalui sistem ini, emas diperlukan hanya sebagai aset rizab. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas di bank pengeluar pada nisbah tertentu.
Tempoh antara peperangan (1918-1939)
Ketika meletusnya Perang Dunia I, keperluan kewangan menjadi amat besar dan hanya dapat dipenuhi dengan pengeluaran lebih banyak wang. Bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini kepada pasaran domestik, kebanyakan negara membatalkan peraturan piawaian emas. Pada 1933 hanya lima negara yang dikenali Gold Bloc (Perancis, Belgium, Belanda, Itali dan Switzerland) masih mengamalkan piawaian emas. Namun pada 1936 sistem ini berakhir apabila berlaku penurunan nilai matawang Perancis dan Switzerland.
WANG FIAT
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima.
Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (Persidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat.
WANG KREDIT
Wang kredit muncul bersama dengan kemunculan wang fiat dan wang komoditi. Kebanyakan bentuk wang dalam sistem ekonomi barat adalah wang kredit yang berasal dari wang fiat.
Penggunaan wang kredit berkembang dengan kemunculan kad kredit yang membolehkan orang ramai membeli secara kredit tanpa perlu wang yang banyak. Dalam sistem ekonomi moden, bank akan meminjamkan wang melebihi dari rizab yang ia ada pada sesuatu masa. Dengan melakukan perkara ini, bank akan meningkatkan bekalan wang melebihi jumlah wang fiat yang ada. Walaupun bank tidak mempunyai wang fiat yang cukup jika sekiranya penyimpan mahu mengeluarkan semua wang mereka dalam akaun semasa (wang kredit), kebanyakan transaksi adalah dilakukan melalui cek atau secara elektronik.
Sumber : Encik Wikipedia