Tuesday, January 11, 2011

Adakah ini dikatakan pelaburan bijak? PENIPU!!

Cuba perhatikan brochure yang saya ambil dari sebuah bank tempatan yang menawarkan skim pinjaman untuk membeli ASB.


Keuntungan dan bonus tahunan ASB semakin menurun saban tahun. Tahun 2010 ? Kadar keuntungan dan bonus tahunan 8.75% Ini belum dicampur kadar inflasi. Sila lihat graf di bawah berkenaan inflasi. Apa yang selalu kita dengar adalah sekitar 3.5-4% setahun di Malaysia. Tetapi graf dibawah menunjukkan kadar 7.7%


Berapa kadar zakat bagi orang-orang Islam ? 2.5% setahun betul tak ? Kepada golongan rakyat marhean yang mengambil fatwa mengatakan ASB harus, perlulah ingat untuk membayar zakat juga. Ok kita buat kesimpulan berdasarkan graf-graf dan kadar di atas.

Kenaikan ASB 8.75%
Inflasi 4% atau nak ambil 7.7% ? Pilih sendiri ....
Zakat 2.5%.
Kadar faedah bank 4.65% setahun

Kira keuntungan anda

ASB (8.75%) - Inflasi(4%) - Zakat(2.5%) - Faedah bank (4.65%) = Jumlah keuntungan anda ( -2.4%)

Keuntungan anda adalah negatif 2.4 (-2.4%) setahun. Pelaburan bijak ke ni ? Kita ada akal yang cukup cerdas untuk memikirkan soal ini.

Banding dengan graf emas ini :


Kenaikan harga emas adalah sehingga 40% setahun sejak sepuluh tahun yang lalu.


Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:

Tahun 2001 – RM3,600

Tahun 2002 – RM4,460

Tahun 2003 – RM5,395

Tahun 2004 – RM5,678

Tahun 2005 – RM6,614

Tahun 2006 – RM7,611

Tahun 2007 – RM9,492

Tahun 2008 – RM10,289

Tahun 2009 – RM12,547

Tahun 2010 – RM14,087


Anda buatlah pilihan bijak sendiri.


Petikan Artikel Dari Sahabat Emas : Dr Nujaimin Udin


No comments:

Post a Comment