Wednesday, January 19, 2011

Pengenalan Tentang Karat ( K )

APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4

( b ) 925

( c ) 830

( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM

( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN (24Karat)

CARA MENGUKUR KARAT

STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000

Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000

Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

Emas 1 Dinar = 4.25gm

Emas Se Amas = 2.551 gm

Emas Se Rial =2.70 gm

Emas Se Kupang = 0.64 gm

Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )

Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm

Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm


Artikel dari pelaburJutawan

Thursday, January 13, 2011

Pergi Haji dengan 10 Dinar Sahaja

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”


Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas turun.

MENGAPA?
“KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!”
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

CARA PENGIRAAN:-
Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009
Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00
Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) – RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00
Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.

KESIMPULAN:-
Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
33.3-39% p.a

“Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2015″

http://bullion-and-dinar.blogspot.com/2010/07/simpan-dinar-untuk-menunaikan-haji.html

Tuesday, January 11, 2011

Adakah ini dikatakan pelaburan bijak? PENIPU!!

Cuba perhatikan brochure yang saya ambil dari sebuah bank tempatan yang menawarkan skim pinjaman untuk membeli ASB.


Keuntungan dan bonus tahunan ASB semakin menurun saban tahun. Tahun 2010 ? Kadar keuntungan dan bonus tahunan 8.75% Ini belum dicampur kadar inflasi. Sila lihat graf di bawah berkenaan inflasi. Apa yang selalu kita dengar adalah sekitar 3.5-4% setahun di Malaysia. Tetapi graf dibawah menunjukkan kadar 7.7%


Berapa kadar zakat bagi orang-orang Islam ? 2.5% setahun betul tak ? Kepada golongan rakyat marhean yang mengambil fatwa mengatakan ASB harus, perlulah ingat untuk membayar zakat juga. Ok kita buat kesimpulan berdasarkan graf-graf dan kadar di atas.

Kenaikan ASB 8.75%
Inflasi 4% atau nak ambil 7.7% ? Pilih sendiri ....
Zakat 2.5%.
Kadar faedah bank 4.65% setahun

Kira keuntungan anda

ASB (8.75%) - Inflasi(4%) - Zakat(2.5%) - Faedah bank (4.65%) = Jumlah keuntungan anda ( -2.4%)

Keuntungan anda adalah negatif 2.4 (-2.4%) setahun. Pelaburan bijak ke ni ? Kita ada akal yang cukup cerdas untuk memikirkan soal ini.

Banding dengan graf emas ini :


Kenaikan harga emas adalah sehingga 40% setahun sejak sepuluh tahun yang lalu.


Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:

Tahun 2001 – RM3,600

Tahun 2002 – RM4,460

Tahun 2003 – RM5,395

Tahun 2004 – RM5,678

Tahun 2005 – RM6,614

Tahun 2006 – RM7,611

Tahun 2007 – RM9,492

Tahun 2008 – RM10,289

Tahun 2009 – RM12,547

Tahun 2010 – RM14,087


Anda buatlah pilihan bijak sendiri.


Petikan Artikel Dari Sahabat Emas : Dr Nujaimin Udin


Jangan Lupa Perak (Silver)

Salam,
Kebanyakan kita sudah arif tentang kenaikan harga gold / emas yang melonjak sejak 10 tahun lalu dan bertambah ketara akhir-akhir ini. Walaupun harga emas telah meningkat sehingga USD1400/oz (31.1g) masih ramai dikalangan kita yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Jika bercakap tentang silver / perak lebih ramai yang terlopong dan hairan lantas bertanya perak ada harga ke ? Lihat di sini :

Kebanyakan kita sudah arif tentang kenaikan harga gold / emas yang melonjak sejak 10 tahun lalu dan bertambah ketara akhir-akhir ini. Walaupun harga emas telah meningkat sehingga USD1400/oz (31.1g) masih ramai dikalangan kita yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Jika bercakap tentang silver / perak lebih ramai yang terlopong dan hairan lantas bertanya perak ada harga ke ? Lihat di sini :


Graf di atas menunjukkan kenaikan harga perak tahun 1995-2010. Setelah sekian lama harga silver jauh di bawah harga sebenarnya tiba-tiba mulai tahun ini harga perak telah naik dari bawah USD8/oz sehingga USD30/oz atau kadarnya lebih dari 300% dalam jangka masa 5 tahun. Kalau kita lihat harga perak di Malaysia keluaran Public Fine Gold International dari harga jualan sekitar RM2100 sekilogram pada Februari 2010 telah meningkat hingga RM3900 pada bulan Disember 2010. Hebat !

Kenapa perkara ini berlaku dan kenapa hartawan dan pelabur terkenal seperti Goeoge Soros, Bill Gates, Warren Buffet, Mike Maloney, Robert Kiyosaki dan mungkin hartawan tidak bernama di Malaysia telah menyimpan perak dalam kuantiti yang banyak? Mereka memahami bahawa perak adalah peluang pelaburan terbaik berbanding pelaburan lain termasuk emas pada masa ini. Mari kita kongsi fakta-fakta berkenaan perak di sini.

Pertama
Jika kita meniliti sejarah kita akan dapat lihat sejak berkurun lamanya nisbah harga antara emas dan perak adalah 16:1 Nisbah harga sehigga 20:1 masih dianggap normal oleh ahli sejarah dan pelabur-pelabur. Namun kini ratio tersebut adalah 66:1 Bagi pelabur ini membawa 3 makna:

1. Harga emas terlalu mahal
2. Harga perak terlalu murah
3. Kombinasi kedua-duanya

Harga perak pada awal tahun ini jauh lebih murah dari harga tahun-tahun 60an-70an. Sungguh tidak munasabah. Nasi lemak boleh dimakan inflasi, takkan perak kekal harganya selama seabad ? Kini harga perak telah mula meningkat walaupun masih murah. Harga Emas dijangka naik sehingga USD2000/oz tetapi silver dijangka naik sehingga USD100-125/oz. Wow! Hebat. 3-4 kali ganda dari harga sekarang. Kalau harga perak PG sekarang RM4000/kg nanti harga 1kg perak PG akan menjadi RM12000-RM16000. Patutlah SILVER IS FUTURE GOLD.

Kedua
Perak adalah logam talam dua guna. Ia digunakan sebagai wang dan penyimpan nilai seperti emas di samping amat berguna dalam industri. Perak adalah bahan konduktif paling baik yang pernah diketahui manusia.Ia digunakan secara meluas dalam industri fotografi, perubatan, elektik dan elektronik. Hampir semua barang Hi-tech menggunakan perak. Walaupun digunakan secara meluas tetapi lombong untuk mengeluarkan perak hampir tidak pernah kedengaran. Pengeluaran perak dunia telah mengalami defisit sejak sekian lama. Bayangkan apa yang terjadi jika permintaan industri melebihi bekalan. Jawapan senang - Harga naik!

Ketiga
Permintaan dari negara berpenduduk billions - India dan Cina terhadap perak terus meningkat sejak tahun 2004. Kerajaan Cina telah menggalakkan simpanan perak dengan terbuka kepada rakyatnya. Bayangkan jika sepertiga penduduk dunia mula membeli emas untuk simpanan dan pelaburan apa terjadi? Sekali lagi permintaan mengatasi penawaran. Harga naik !

Jom beli perak.

Sumber : emasnaufal.blogspot.com






Sunday, January 2, 2011

Peningkatan Yang Di Duga


Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah kerana Tahun 2010 telah berlalu dengan selamat. Kepada Penyimpan, Pelabur dan Peniaga Emas dan Perak merupakan satu kegembiraan yang amat sangat kerana Harga Emas dan Perak melambung tinggi seperti yang diharapkan iaitu EMAS SETINGGI 27% DAN PERAK 81%!! ayuh sahabat sekalian.. apa lagi yang anda masih tunggu.. HuBungi 013-7976493 untuk Mengembalikan Wang Kertas Anda dan Dapatkan Kembali Emas dan Perak anda.